Tuesday, April 7, 2009

TAKLIMAT TUNTUTAN CUEPACS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua saudara dan saudari rakan-rakan jurubahasa sekalian.


Dimaklumkan bahawa Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhdmatan Awam (CUEPACS) akan menganjurkan satu Majlis Taklimat Tuntutan CUEPACS. Maklumat mengenai majlis tersebut dalah seperti berikut: -


Tarikh / Hari : 16 April 2009 / Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Ruang Legar, Aras 8, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta
Pengendali : Tuan Haji Omar Bin Haji Osman (Presiden CUEPACS)


Semua rakan-rakan jurubahasa seluruh Malaya dijemput hadir bersama-sama ke majlis ini. Sekiranya ada di antara anda yang mempunyai sebarang pertanyaan sila kemukakan pertanya-pertanyaan anda selewat-lewatnya pada 14 April 2009, kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan, Encik Awais Al-Qarni Bin Omar melalui: -


1) Emel jurubahasa@gmail.com
2) Faksimili 03-6209 4095


Kepada rakan-rakan dari luar Kuala Lumpur, dukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan tidak dapat memberikan elaun perjalanan kepada anda yang hadir ke majlis berkenaan.


Ini memandangkan kerana Kesatuan memerlukan dana yang besar bagi menjalankan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke-11 yang bakal diadakan pada penghujung bulan Julai. Kehadiran anda ke majlis bersama CUEPACS adalah sebagai tanda sokongan padu anda kepada usaha-usaha Kesatuan. Dan majlis berkenaan merupakan satu langkah awal yang positif dalam perjuangan kita semua.


Buat pengetahuan saudara saudari, dana Kesatuan setakat hari ini cuma sekitar RM 7 ribu sahaja. Maka Kesatuan perlu berjimat cermat dan menggunakan dana tersebut dengan berhemah. Sebenarnya dana tersebut berjaya dikumpul oleh Kesatuan dalam masa 2 tahun ini dengan mengadakan beberapa aktiviti. Buat pengetahuan saudara saudari, Kesatuan hanya ditinggalkan dengan wang sejumlah RM 471 sahaja selepas AGM Ke-10 tempoh hari.


Maka kekangan dana yang amat terhad memaksa Kesatuan untuk mencari dana, syukur berkat kesungguhan Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan, dana tersebut berjaya dinaikkan sehingga RM 7 ribu.


Namun begitu, satu perkara yang amat menyedihkan adalah dana tersebut tidak termasuk kutipan yuran tahunan. Hampir sebahagian besar ahli-ahli Kesatuan berhutang yuran tahunan sehingga 4 tahun. Sehingga kini hanya wakil dari Kelantan, Puan Chan Liok Lam dan wakil dari Putrajaya, Puan Nor Sham Binti Said sahaja yang telah mengutip yuran tahunan secara dedikasi.


Maka saya berharap sokongan padu dari saudara saudari semua untuk menjelaskan yuran tahunan yang tertunggak. Moga langkah Kesatuan akan lebih maju dengan sokongan padu dari rakan-rakan sekalian.


Sekali lagi, JUTAAN TERIMA KASIH.


Seikhlas hati,


AWAIS AL-QARNI BIN OMAR
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

Friday, March 20, 2009

PERHATIAN

PERHATIAN


Kepada semua ahli-ahli Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat. Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) Sesi 2007 - 2009 akan mengadakan satu Kunjungan Hormat ke Ibu Pejabat CUEPACS pada 26/03/2009.


Sekiranya terdapat sebarang isu yang ingin diutarakan, sila emelkan ke jurubahasa@gmail.com


Semoga Kunjungan Hormat ini bakal membuahkan hasil yang positif kepada Kesatuan.


Terima kasih,

Awais Al-Qarni Omar
Setiausaha Kehormat

MEMORANDUM KESATUAN JURUBAHASA & PENTERJEMAH, KEMENTERIAN KEHAKIMAN MALAYSIA BARAT, TAHUN 2009 - PART 2











MEMORANDUM KESATUAN JURUBAHASA & PENTERJEMAH, KEMENTERIAN KEHAKIMAN MALAYSIA BARAT, TAHUN 2009 - PART 1

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA AHLI KESATUAN JURUBAHASA & PENTERJEMAH, KEMENTERIAN KEHAKIMAN MALAYSIA BARAT...


Berikut adalah memorandum terkini yang mana isi kandungannya sedang giat diperjuangkan oleh Kesatuan. Buat pengetahuan saudara saudari sekalian, memorandum ini akan dikemukakan kepada beberapa pihak. Antaranya CUEPACS, Ketua Hakim Negara dan Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.


Pihak Kesatuan amat mengharapkan sokongan dari saudara saudari sekalian dalam merealisasikan segala apa yang terkandung dalam memorandum ini.


Akhir kata doakan yang terbaik buat Kesatuan dalam memperjuangkan yang terbaik buat saudara saudari sekalian.


Terima kasih,


Awais Al-Qarni Bin Omar
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat








Thursday, March 19, 2009

BORANG AHLI BARU




KEPADA SEMUA JURUBAHASA SELURUH MALAYSIA BARAT....



ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARI KEKUATAN KESATUAN DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI KESATUAN....



ISIKAN BORANG DI ATAS DAN HANTARKAN KEPADA SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN, EN. AWAIS AL-QARNI BIN OMAR.


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI BELIAU DI TALIAN 019-344 6403...


TERIMA KASIH