Saturday, January 19, 2013

PERJUMPAAN KHAS ANTARA TIMBALAN PERDANA MENTERI DENGAN AHLI MAJLIS KONGRES CUEPACS

Salam Perjuangan kepada semua ahli-ahli Kesatuan,




Dimaklumkan bahawa CUEPACS bakal menganjurkan PERJUMPAAN KHAS ANTARA TIMBALAN PERDANA MENTERI DENGAN AHLI MAJLIS KONGRES CUEPACS.



Maklumat lanjut tentang perjumpaan tersebut adalah seperti berikut: -



Tarikh / Hari : 21 Februari 2013 / Khamis

Masa : 1.45 petang

Tempat : CIDB Malaysia, Akedemi Binaan Malaysia

Jalan Chan Sow Lin, KL



Sehubungan dengan itu Kesatuan-kesatuan gabungan CUEPACS diminta menghantar seberapa ramai ahli (sekurang-kurangnya 30 orang) untuk memeriahkan lagi perjumpaan ini.



Kepada ahli-ahli Kesatuan yang ingin bersama-sama menghadirkan diri ke perjumpaan tersebut sila berikan maklumat anda (Nama Penuh / No. Kad Pengenalan / Penempatan / No. Yang Boleh Dihubungai) kepada saya selewat-lewatnya pada 8 Februari 2013, melalui : -



* Emel : jurubahasa@gmail.com

* Faks : 03-6209 4095



Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di talian +603-6209 4093 / +6019-344 6403 / +6012-617 4004.



Sekian terima kasih.



"BERSATU MEMBENTENG KEADILAN"



(AWAIS AL-QARNI BIN OMAR)

Setiausaha Kehormat

Kesatuan Kebangsaan Jurubahasa Mahkamah

[National Union for Court Interpreters (NU-COiN)]

Saturday, October 13, 2012

SALAM TAKZIAH

TAKZIAH diucapkan kepada Cik Malathi a/p Munisamy, Jurubahasa MTKL Dagang 5 (yang juga merupakan Naib Yang Di-Pertua Kesatuan Jurubahasa2 & Penterjemah2, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat) di atas kematian bapa beliau pada pagi ini (13 Oktober 2012). Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan. R.I.P.

Sunday, September 9, 2012

AL-FATIHAH

Takziah diucapkan kepada Puan Zaleha binti Ismail, Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan (Jurubahasa MTKL Sivil NCvC 2) sekeluarga di atas pemergian bapa beliau ke rahmatullah pada tengah hari 09 September 2012. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang dikasihi.


 

Al-Fatihah.

Friday, August 31, 2012

SELAMAT MAJU JAYA

Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa dan Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat (Kesatuan) mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada En. Azmi bin Aman, Yang Di-Pertua Kesatuan di atas usaha beliau menyambung pelajaran beliau ke Peringkat Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Undang-undang bermula 1hb. September 2012.

Semoga perjuangan beliau dalam menuntut ilmu dipermudahkan dan akan menghasilkan sesuatu yang membanggakan keseluruhan jurubahasa mahkamah.

Awais Al-Qarni bin Omar
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa dan Penterjemah-penterjemah
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

Friday, July 20, 2012

KOPERASI PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA BERHAD

PERHATIAN SEMUA AHLI KESATUAN JURUBAHASA

PER: KOPERASI PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA BERHAD

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kerajan Malaysia telah menubuhkan Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia Berhad. Koperasi ini beroperasi sepenuhnya di bawah seliaan CUEPACS, yang mana jawatan Pengerusi Koperasi disandang oleh Presiden CUEPACS dan Ahli Lembaga Koperasi terdiri dari Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS.

3. Sebagai ahli Kesatuan Gabungan CUEPACS ahli-ahli Kesatuan Jurubahasa2 & Penterjemah2, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat (Kesatuan) mendapat keistimewaan dari segi pembayaran. Berikut adalah butiran pembayaran ahli Kesatuan Gabungan CUEPACS berbanding bukan ahli: -

                      Ahli Kesatuan Gabungan CUEPACS              Bukan Ahli
Fi masuk                     RM 10.00                                      RM 20.00
Yuran Bulanan             RM 10.00                                      RM 30.00
Syer Minima                RM100.00                                     RM100.00

4. Kepada ahli-ahli Kesatuan yang berminat untuk menjadi ahli koperasi bolehlah mendapatkan Borang Permohonan dari wakil-wakil Kesatuan dan hendaklah mengirimkan borang yang lengkap beserta pembayaran kepada saya pada atau sebelum 31 Julai 2012.

5. Ambil perhatian bahawa Kesatuan hanya akan memproses borang ahli Kesatuan sahaja. Permohonan yang diisi oleh bukan ahli Kesatuan akan dikembalikan. Harap maklum.

6. Pertanya lanjut sila hubungi saya melalui emel di jurubahasa@gmail.com. Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

                      t.t.
(AWAIS AL-QARNI BIN OMAR)
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa2 dan Penterjemah2
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

Wednesday, June 27, 2012

KONVENSYEN PEMIKIR MUDA MALAYSIA BERSAMA Y.A.B. DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERHATIAN KEPADA SEMUA JURUBAHASA

PER: KONVENSYEN PEMIKIR MUDA MALAYSIA BERSAMA Y.A.B. DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa CUEPACS bakal menganjurkan Konvensyen Pemikir Muda Bersama Y.A.B. Perdana Menteri seperti berikut: -

Tarikh / Hari    : 07 Julai 2012 / Sabtu
Masa                : 7.30 pagi – 5.30 petang
Tempat            : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

Oleh itu, Kesatuan Jurubahasa2 & Penterjemah2, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat (Kesatuan) selaku Kesatuan Gabungan CUEPACS diminta menghantar 20 orang wakil Kesatuan untuk menghadiri Konvensyen ini.

Kepada ahli-ahli Kesatuan yang berusia 40 tahun ke bawah yang berminat untuk menghadiri Konvensyen ini sila berikan Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Telefon kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan, Sdr. Awais Al-Qarni bin Omar selewat-lewatnya pada 04 Julai 2012 melalui: -

o             Email ke jurubahasa@gmail.com;
o             Faksimili ke talian 03-6209 4095; atau
o             Hubungi ke talian 03-6209 4093 / 012-617 4004

Untuk makluman tambahan pada 01 – 02 Julai 2012 Kesatuan menghantar En. Muhammad Najib bin Ismail sebagai wakil Kesatuan dalam BENGKEL PENYEDIAAN USUL BAGI KONVENSYEN PEMIKIR MUDA MALAYSIA bertempat di Kuala Lumpur International hotel.

Harap maklum.

( AWAIS AL-QARNI BIN OMAR )
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa2 & Penterjemah2
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

Sunday, June 10, 2012

KURSUS STATISTIK MAHKAMAH BERPANDUKAN MICROSOFT EXCEL ASAS ANJURAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Perhatian kepada semua jurubahasa,

Dimaklumkan bahawa Unit Statistik, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bakal menganjurkan KURSUS STATISTIK MAHKAMAH BERPANDUKAN MICROSFT EXCEL ASAS seperti berikut: -

Tarikh : 20 - 22 Jun 2012
Tempat : Bilik Latihan Komputer, Aras 3, Istana Kehakiman

Borang permohonan dilampirkan bersama ini.

Terima kasih.

( AWAIS AL-QARNI BIN OMAR )
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah
Kementerian Kehakiman malaysia Barat

Friday, June 1, 2012

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa saya bakal menghadiri Bengkel Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam anjuran CUEPACS pada 12 - 14 Jun di Muar, Johor Darul Takzim.

Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik ahli-ahli Kesatuan untuk memberi maklum balas dan / atau buah fikiran berkaitan tajuk bengkel tersebut.

Setiap maklum balas an / atau buah fikiran hendaklah ditujukan kepada saya selewat-lewatnya pada 10 Jun 2012 melalui: -

(1) emel ke jurubahasa@gmail.com;

(2) faksimili ke nombor 03-6209 4095; atau

(3) melalui surat kepada
     Setiausaha Kehormat
     Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah
     Kementerian Kehakiman Malaysia Barat
     Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
     Jalan Duta
     50506 KUALA LUMPUR

Sekian terima kasih.

AWAIS AL-QARNI BIN OMAR
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah



Wednesday, April 25, 2012

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 2012

KEPADA SEMUA AHLI-AHLI KESATUAN JURUBAHASA & PENTERJEMAH




Dimaklumkan bahawa Kesatuan bakal menghadiri sesi Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2012 oleh JPA pada petang ini (25.04.2012) di Cyberjaya.



Sekiranya ada ahli-ahli yang mempunyai persoalan tentang Pekeliling Perkhidmatan tersebut sila emelkan persoalan anda kepada saya di jurubahasa@gmail.com secepat mungkin.



Terima kasih.



Saya yang benar,



( AWAIS AL-QARNI BIN OMAR )

Setiausaha Kehormat

Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah

Kementerian Kehakiman Malaysia Barat



Monday, March 19, 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KESATUAN

Perhatian kepada semua ahli-ahli berdaftar Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

Semasa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali ke-12 terdapat resolusi untuk mewujudkan LOGO RASMI Kesatuan. Untuk makluman logo yang terpilih semasa AGM Kali Ke-9 tidak boleh dilaksanakan penggunaannya atas beberapa sebab.

Sehubungan dengan itu Kesatuan sekali lagi menganjurkan PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KESATUAN.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 
1.  Terbuka kepada semua ahli berdaftar Kesatuan (termasuk ahli MJK)

2.  Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan bersama borang penyertaan.

3.  Semua ciptaan logo hendaklah asli.  

4.  Logo yang dicipta hendaklah berukuran 6 inci x 6 inci dan ditampal atau dicetak di atas kertas A4.  

5.  Maksimum bilangan warna yang digunakan dalam reka cipta logo adalah tiga (3)Warna tidak termasuk hitam dan putih. Tulisan boleh dimasukkan di dalam logo tetapi ianya hendaklah boleh dibaca.  

6.  Logo boleh dicipta dengan menggunakan grafik komputer mengikut standard JPEG, GIF, BMP, PICT, ADOBE-PDF atau melalui lukisan tangan.  

7.  Maklumat peserta seperti Nama, No. Kad Pengelanan, No. Ahli, Penempatan, No. Untuk Dihubungi hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing. 

8.  Setiap ciptaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk “soft copy” dan “hard copy”.  

TUNTUTAN HAKCIPTA
Semua hasil ciptaan logo yang diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi ‘HAK CIPTA’ Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh didapati di lampiran yang tertera di bawah.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Borang penyertaan berserta logo ciptaan hendaklah sampai kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan selewat-lewatnya sebelum atau pada 20 April 2012.

HADIAH
Satu Pemenang akan mendapat wang tunai sebanyak RM200.00.

KEPUTUSAN PANEL PENGADIL
Panel Pengadil adalah terdiri dari ahli-ahli MJK. Keputusan Panel pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Cadangan boleh diusulkan kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan melalui emel di jurubahasa@gmail.com, faksimili di talian 03-6209 4095 atau melalui surat ke: -

Awais Al-Qarni bin Omar
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Jalan Duta
50506 Kuala Lumpur

RESOLUSI : PERTUKARAN NAMA KESATUAN

Perhatian kepada semua ahli-ahli Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat (Kesatuan),

Berdasarkan resolusi semasa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke-12 baru-baru ini Kesatuan dalam usaha untuk menukar nama Kesatuan. Alasan penukaran ini adalah kerana Kementerian Kehakiman Malaysia Barat sudah tidak wujud lagi.

Terdapat beberapa cadangan nama seperti: -
  • Court Interpreters National Union (COIN)
  • Kesatuan Kebangsaan Jurubahasa Mahkamah (KEKEJAM)
  • National Union For Court Interpreters (NUCI)
Cadangan boleh diusulkan kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan melalui emel di jurubahasa@gmail.com, faksimili di talian 03-6209 4095 atau melalui surat ke: -

Awais Al-Qarni bin Omar
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah,
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Jalan Duta
50506 Kuala Lumpur

Cadangan tuan / puan hendaklah sampai ke Setiausaha Kehormat pada atau sebelum 20 April 2012.

Harap Maklum.