Monday, March 19, 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KESATUAN

Perhatian kepada semua ahli-ahli berdaftar Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

Semasa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali ke-12 terdapat resolusi untuk mewujudkan LOGO RASMI Kesatuan. Untuk makluman logo yang terpilih semasa AGM Kali Ke-9 tidak boleh dilaksanakan penggunaannya atas beberapa sebab.

Sehubungan dengan itu Kesatuan sekali lagi menganjurkan PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KESATUAN.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 
1.  Terbuka kepada semua ahli berdaftar Kesatuan (termasuk ahli MJK)

2.  Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan bersama borang penyertaan.

3.  Semua ciptaan logo hendaklah asli.  

4.  Logo yang dicipta hendaklah berukuran 6 inci x 6 inci dan ditampal atau dicetak di atas kertas A4.  

5.  Maksimum bilangan warna yang digunakan dalam reka cipta logo adalah tiga (3)Warna tidak termasuk hitam dan putih. Tulisan boleh dimasukkan di dalam logo tetapi ianya hendaklah boleh dibaca.  

6.  Logo boleh dicipta dengan menggunakan grafik komputer mengikut standard JPEG, GIF, BMP, PICT, ADOBE-PDF atau melalui lukisan tangan.  

7.  Maklumat peserta seperti Nama, No. Kad Pengelanan, No. Ahli, Penempatan, No. Untuk Dihubungi hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing. 

8.  Setiap ciptaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk “soft copy” dan “hard copy”.  

TUNTUTAN HAKCIPTA
Semua hasil ciptaan logo yang diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi ‘HAK CIPTA’ Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh didapati di lampiran yang tertera di bawah.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Borang penyertaan berserta logo ciptaan hendaklah sampai kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan selewat-lewatnya sebelum atau pada 20 April 2012.

HADIAH
Satu Pemenang akan mendapat wang tunai sebanyak RM200.00.

KEPUTUSAN PANEL PENGADIL
Panel Pengadil adalah terdiri dari ahli-ahli MJK. Keputusan Panel pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Cadangan boleh diusulkan kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan melalui emel di jurubahasa@gmail.com, faksimili di talian 03-6209 4095 atau melalui surat ke: -

Awais Al-Qarni bin Omar
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Jalan Duta
50506 Kuala Lumpur

2 comments:

Mosumart Design said...

Kalau org biasa nak join boleh? :) berminat tapi ade kekangan disitu.

Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah said...

Minta maaf Sdr/i pertandingan ini hanya tertutup kepada ahli Kesatuan sahaja... walaubagaimanapun terima kasih diucapkan atas komentar sdr/i.