Monday, March 19, 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KESATUAN

Perhatian kepada semua ahli-ahli berdaftar Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

Semasa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali ke-12 terdapat resolusi untuk mewujudkan LOGO RASMI Kesatuan. Untuk makluman logo yang terpilih semasa AGM Kali Ke-9 tidak boleh dilaksanakan penggunaannya atas beberapa sebab.

Sehubungan dengan itu Kesatuan sekali lagi menganjurkan PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI KESATUAN.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 
1.  Terbuka kepada semua ahli berdaftar Kesatuan (termasuk ahli MJK)

2.  Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan bersama borang penyertaan.

3.  Semua ciptaan logo hendaklah asli.  

4.  Logo yang dicipta hendaklah berukuran 6 inci x 6 inci dan ditampal atau dicetak di atas kertas A4.  

5.  Maksimum bilangan warna yang digunakan dalam reka cipta logo adalah tiga (3)Warna tidak termasuk hitam dan putih. Tulisan boleh dimasukkan di dalam logo tetapi ianya hendaklah boleh dibaca.  

6.  Logo boleh dicipta dengan menggunakan grafik komputer mengikut standard JPEG, GIF, BMP, PICT, ADOBE-PDF atau melalui lukisan tangan.  

7.  Maklumat peserta seperti Nama, No. Kad Pengelanan, No. Ahli, Penempatan, No. Untuk Dihubungi hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing. 

8.  Setiap ciptaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk “soft copy” dan “hard copy”.  

TUNTUTAN HAKCIPTA
Semua hasil ciptaan logo yang diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi ‘HAK CIPTA’ Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat

BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh didapati di lampiran yang tertera di bawah.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Borang penyertaan berserta logo ciptaan hendaklah sampai kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan selewat-lewatnya sebelum atau pada 20 April 2012.

HADIAH
Satu Pemenang akan mendapat wang tunai sebanyak RM200.00.

KEPUTUSAN PANEL PENGADIL
Panel Pengadil adalah terdiri dari ahli-ahli MJK. Keputusan Panel pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Cadangan boleh diusulkan kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan melalui emel di jurubahasa@gmail.com, faksimili di talian 03-6209 4095 atau melalui surat ke: -

Awais Al-Qarni bin Omar
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Jalan Duta
50506 Kuala Lumpur

RESOLUSI : PERTUKARAN NAMA KESATUAN

Perhatian kepada semua ahli-ahli Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat (Kesatuan),

Berdasarkan resolusi semasa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke-12 baru-baru ini Kesatuan dalam usaha untuk menukar nama Kesatuan. Alasan penukaran ini adalah kerana Kementerian Kehakiman Malaysia Barat sudah tidak wujud lagi.

Terdapat beberapa cadangan nama seperti: -
  • Court Interpreters National Union (COIN)
  • Kesatuan Kebangsaan Jurubahasa Mahkamah (KEKEJAM)
  • National Union For Court Interpreters (NUCI)
Cadangan boleh diusulkan kepada Setiausaha Kehormat Kesatuan melalui emel di jurubahasa@gmail.com, faksimili di talian 03-6209 4095 atau melalui surat ke: -

Awais Al-Qarni bin Omar
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah,
Kementerian Kehakiman Malaysia Barat
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Jalan Duta
50506 Kuala Lumpur

Cadangan tuan / puan hendaklah sampai ke Setiausaha Kehormat pada atau sebelum 20 April 2012.

Harap Maklum.

ISU KAKI TANGAN KONTRAK

Salam sejahtera,

Di sini saya ingin memberi penjelasan mengenai isu di atas. Lanjutan dari pengumuman di blog ini mengenai isu di atas pada 13 March 2012 yang lalu, saya telah menerima ratusan emel berkaitan isu tersebut.

Dukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Jurubahasa-jurubahasa & Penterjemah-penterjemah, Kementerian Kehakiman Malaysia Barat yang merupakan Kesatuan Gabungan CUEPACS hanya mewakili Jurubahasa Mahkamah secara khususnya sahaja.

Untuk isu yang berkenaan di atas kami melebarkan khidmat kami untuk semua kakitangan gred Perundangan dan Kehakiman (Gred L) sahaja.

Saya memohon jutaan kemaafan kerana kami tiada mandat mewakili gred-gred lain. bagi kakitangan gred-gred lain (selain gred L) anda boleh meluahkan permasalahan anda kepada wakil CUEPACS yang mewakili gred anda.

Harap maklum bahawa blog ini diwujudkan bagi menyalurkan informasi kepada ahli-ahli Kesatuan kami iaitu Jurubahasa Mahkamah. Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan di atas segala kesulitan.

Saya yang benar.

( AWAIS AL-QARNI BIN OMAR )
Setiausaha Kehormat
Kesatuan Jurubahasa- jurubahasa & Penterjemah-penterjemah
Kemeneterian Kehakiman Malaysia Barat

Friday, March 16, 2012

PAINTBALL 'TEST RUN'


Pada 10.3.2012 Biro Sukan dan Rekreasi Kesatuan Jurubahasa dan Penterjemah Kementerian Kehakiman Malaysia Barat telah menganjurkan permainan paintball. Ianya terbukan kepada semua Jurubahasa Kuala Lumpur dan Selangor. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan jurubahasa-jurubahasa antara Mahkamah. Bayaran yang dikenakan adalah RM 50 seorang dan diadakan di Putrajaya Paintball Park (PPP).



9.00 pagi
Peserta-peserta berkumpul di Alamanda Putrajaya dan bertolak ke PPP pada pukul 9.45 pagi.

10.00 pagi
Peserta-peserta tiba di PPP dan disambut oleh Adiman, host di PPP pada hari itu.





10.30 pagi
Peserta-peserta diberikan taklimat dan cara-cara permainan paintball serta peraturan berkaitan sambil bersarapan. Sarapan disediakan oleh Azmi Aman & Co.




11.00 pagi
Usai sudah taklimat dan sarapan, kami dibenarkan untuk mengambil peralatan-peralatan berkaitan. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan hijau diketuai oleh Presiden kita, Encik Azmi dan kumpulan hitam diketuai oleh adik Muzafar.




Dari dua gambar kumpulan di bawah ini, pasti anda dapat menjangka siapa juara dan siapa makan cat.
Tak ada ibu bapa yang mahu anaknya pergi berperang.

Nak pergi jalan-jalan dekat Alamanda ke..?




Walaupun vest berbau muka tetap hensem dan manis





Setelah semuanya bersedia, kami dibenarkan untuk masuk ke dalam padang. Padang yang diberi adalah bersaiz kecil. Memandangkan kami hanya ada 14 orang adalah sesuai untuk bermain secara 'capture the flag'.

pasukan 'black dog bone'



pasukan 'green technology'. menyokong hari sabtu
sebagai hari tanpa beg plastik.




Sekitar permainan dijalankan.







Pada keseluruhannya kami dapat bermain sebanyak tiga set. Kemenangan berpihak kepada pasukan hitam dengan skor 2-1. Pengalaman pertama kali bermain paintball adalah sangat mengujakan. Biarpun bermain dalam cuaca panas ia amat berbaloi.


"It was a fun trigger and a thrilling emotion" kata seorang daripada peserta kami yang berasal dari Wallsall, Scotland.








Biro Sukan dan Rekreasi Kesatuan Jurubahasa akan menganjurkan lagi aktiviti paintball ini dan juga akan cuba untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan lain. Pastikan anda sentiasa mengitkuti kami di blog dan juga facebook Kesatuan. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang hadir. Sekian.

Tuesday, March 13, 2012

KAKITANGAN / PEGAWAI KONTRAK

Isu pekerja kontrak telah dibawa oleh CUEPACS ke pengetahuan Y.A.B. Perdana Menteri baru-baru ini, di mana CUEPACS menggesa kerajaan menyerap kesemua kakitangan kontrak ke jawatan tetap tanpa syarat.

Sehubungan dengan itu CUEPACS diminta kemukakan logistik dan bilangan pekerja kontrak yang masih berkhidmat di dalam sektor awam.

Kepada semua kakitangan / pegawai kontrak sila kemukakan butiran seperti: -
* NAMA;
* No. KAD PENGENALAN;
* PENEMPATAN; dan
* JAWATAN anda kepada: -

Sdr. AWAIS AL-QARNI BIN OMAR
Setiausaha Kehormat kesatuan Jurubahasa & Penterjemah
(yang juga merupakan Ahli Kongres Tetap CUEPACS)

Di talian : 03-6209 4093 / 019-344 6403
(emel :
jurubahasa@gmail.com)

Selewat-lewatnya pada 23 Mac 2012.

Untuk maklumat lanjut sila layari blog rasmi Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah di
http://myjurubahasa.blogspot.com

HARAP MAKLUM

Malang tidak berbau dan bencana tidak duduga.

Tuan/ Puan,

Biro Kebajikan Jurubahasa amat mengambil berat masalah ahli Kesatuan. Oleh itu kami mengalu-alukan sebarang maklumat berkenaan masalah, bencana, kematian/kehilangan yang melibatkan ahli Kesatuan.

Jika sekiranya sesiapa mengetahui tentang perkara-perkara tersebut di atas, sama ada melibatkan diri anda mahupun rakan anda, sila maklumkan Kesatuan Jurubahasa.

Kesatuan Jurubahasa boleh dihubungi melalui emel, telefon pejabat, telefon bimbit, fax, face book, komen di Blog dan sebagainya.

Kami sentiasa ingin mendengar dari anda.

Dari Jurubahasa untuk Jurubahasa.


Azmi bin Aman
YDP
(Pengerusi Biro Kebajikan)
Emel: azmiaman@kehakiman.gov.my
Tel: 03-6209 4123/ 0166988202
Fax: 03-6209 4124

Thursday, March 8, 2012

Salam Takziah

Innalillahi Wainnailaihi Rajiun

Salam takziah dari Kesatuan Jurubahasa untuk keluarga En Muhammad Najib bin Ismail (Pemegang Amanah Kesatuan) atas kehilangan kekanda ipar yang disayangi. Salam takziah juga buat abangnya En Rezal bin Ismail (PTUU) atas pemergian Isteri tercinta. Semoga lebih tabah menghadapi dugaanNya.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkannya di kalangan orang-orang solehah. Amin.