Saturday, February 18, 2012

Bengkel Khas Jawatankuasa Bertindak SBPA CUEPACS (2)


18/2/2012 - Hari ini hari terakhir perincian terhadap syor SBPA oleh CUEPACS berlangsung. Kesatuan amat bangga kerana CUEPACS turut memilih Setiausaha Kehormat Kesatuan iaitu Encik Awais Al Qarni Omar sebagai salah seorang peserta bengkel tersebut. Ini secara langsung membolehkan maklumat lebih tepat sampai kepada semua jurubahasa dan secara tidak langsung Kesatuan turut menyumbang ke arah pembentukan SBPA-CUEPACS yang lebih adil terhadap golongan pekerja.




Bangkel yang diadakan di Dewan Titiwangsa, Hotel Putra, Kuala Lumpur ini berjalan dengan baik, lancar dan sempurna.










Cambahan idea oleh pemimpin-pemimpin Kesatuan terpilih hangat berlangsung. Semua pemimpin Kesatuan mahukan yang terbaik demi kepentingan penjawat awam.











Kesatuan Jurubahasa dan Penterjemah Kementerian Kehakiman Malaysia Barat percaya dan yakin kepada kepetahan dan kemampuan En Awais menggalas peluang ini untuk turut bersuara bagi pihak semua Jurubahasa dan kakitangan awam yang lain.



















Doakan yang terbaik dan semoga Bengkel Khas Jawatankuasa Bertindak SBPA bakal lahir dengan cadangan yang terbaik yang memberi manfaat kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam.


5 comments:

Awais Omar said...

tqvm Mr President your ur visit & endless support... buat pengetahuan semua saya tidak dapat memberi tahu secara terperinci ttg resolusi bengkel tersebut... ini adalah kerana Presiden CUEPACS, Tn Hj Omar bin Hj Osman tidak mahu resolusi ini bocor lebih awal ke pengetahuan JPA... risau JPA bersedia dengan helah lagi dan lagi dan lagi... tunggukan sahaja pengumuman dari Presiden CUEPACS pada 22 Feb 2012. Selepas itu saya boleh bersuara dan menjelaskan sekiranya ada persoalan yg ingin diajukan oleh ahli-ahli...

cuma secara ringkas yang dapat saya gambarkan hasil resolusi bengkel tersebut bakal memberi satu transformasi besar bagi keseluruhan Penjawat Awam Gred 54 ke bawah...

qutbudeen said...

No problem Tuan SUK, semua ini demi rakan-rakan Jurubahasa.

Anonymous said...

terima kasih cuepacs.....

harap tiada lagi penganiyaan terhadap jawatan pembantu penilaian W17, yang dahulunya dikenali juruteknik penilaian (j)

apabila ada pelarasan skim,skim pembantu penilaian akan diturunkan taraf. sejarah dulu skim ini,sama taraf dgn juruteknik,kemudian sama dgn PTw17, dan sekarang setaraf N17.walaupun sekarang kerja kami setaraf penolong peg.penilaian.
makin disemak,makin turun tarafnya..kerana kerja kami adalah teknikal,bkn kew semata2.

saya harap ini tidak akan berlaku lagi..teruskan perjuangan cuepacs.

Anonymous said...

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Kesatuan Jurubahasa & Penterjemah said...

Saudara/i Anonymous @ February 19, 2012 1:15 PM

Salah satu isu yg hangat dibincangkan di Bengkel berkenaan adalah untuk mengekalkan nama dan fungsi jawatan sebelum SBPA...


Saudara/i boleh mengemukakan cadangan dan komentar dengan lebih berkesan di laman blog milik CUEPACS... ini adalah kerana blog kelolaan CUEPACS terbuka kepada semua Penjawat Awam... sedangkan blog ini tertutup kepada Jurubahasa Mahkamah sahaja...

Harap Saudara/i faham situasi ini... terima kasih atas kesudian saudara/i berkongsi... kita doakan yg terbaik buat semua Penjawat Awam yang menjadi benteng Malaysia selama ini... amin