Saturday, February 18, 2012

Malam Gala Jurubahasa & Jasamu Dikenang


Kesatuan Jurubahasa dan Penterjemah Kementerian Kehakiman Malaysia Barat menganjurkan buat pertama kalinya Majlis Gala Makan Malam Jurubahasa-jurubahasa Mahkamah dan Malam Jasamu Dikenang.



Maklumat berkenaan adalah seperti berikut:

Tempat: Sime Darby Convention Center
Tarikh: 27 hb April 2012
Tema: Best Smile, Best Stail
Menu: Chinese Course, table serving
Kos: RM150.00 seorang

Pelbagai acara diaturkan pada malam tersebut. Acara bermula pada jam 7.30 ptg akan diiringi oleh 'live band' dan tarian pembukaan. Jurubahasa berminat boleh Jamming bersama band.

Pengacara pada malam tersebut adalah En Terrence iaitu pengacara Hello on Two di RTM. Selain itu Kesatuan sedang berusaha untuk mendapatkan penampilan istimewa Nora.

Kemuncak acara ini adalah penyampaian cenderamata terhadap pesara-pesara Jurubahasa Mahkamah sepanjang 2011.

Semua Jurubahasa Mahkamah mesti hadir kerana ini adalah majlis dari Jurubahasa untuk Jurubahasa. Kesatuan janjikan 100% kepuasan dan happening .

Kos tinggi? Kesatuan berjanji sekiranya mendapat Kebenaran untuk mendapatkan sumbangan dan biaya dari pejabat Dato CR, lebihan dari kutipan akan dikembalikan kepada peserta.

Jom Join dan support Kesatuan menyanjung dan meraikan pesara-pesara... sambil kita enjoy...

Jom Riadah - Paintball 'Test-Run'






Biro Sukan dan Rekreasi Kesatuan Jurubahasa dan Penterjemah Kementerian Kehakiman Malaysia Barat akan menganjurkan permainan Paint Ball
'Test Run'.

Tarikh, masa, tempat akan dimaklumkan oleh En Muzafar dalam masa terdekat.

Jom join

hilangkan stress

dan

'cool'..


Bengkel Khas Jawatankuasa Bertindak SBPA CUEPACS (2)


18/2/2012 - Hari ini hari terakhir perincian terhadap syor SBPA oleh CUEPACS berlangsung. Kesatuan amat bangga kerana CUEPACS turut memilih Setiausaha Kehormat Kesatuan iaitu Encik Awais Al Qarni Omar sebagai salah seorang peserta bengkel tersebut. Ini secara langsung membolehkan maklumat lebih tepat sampai kepada semua jurubahasa dan secara tidak langsung Kesatuan turut menyumbang ke arah pembentukan SBPA-CUEPACS yang lebih adil terhadap golongan pekerja.




Bangkel yang diadakan di Dewan Titiwangsa, Hotel Putra, Kuala Lumpur ini berjalan dengan baik, lancar dan sempurna.










Cambahan idea oleh pemimpin-pemimpin Kesatuan terpilih hangat berlangsung. Semua pemimpin Kesatuan mahukan yang terbaik demi kepentingan penjawat awam.











Kesatuan Jurubahasa dan Penterjemah Kementerian Kehakiman Malaysia Barat percaya dan yakin kepada kepetahan dan kemampuan En Awais menggalas peluang ini untuk turut bersuara bagi pihak semua Jurubahasa dan kakitangan awam yang lain.



















Doakan yang terbaik dan semoga Bengkel Khas Jawatankuasa Bertindak SBPA bakal lahir dengan cadangan yang terbaik yang memberi manfaat kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam.


Thursday, February 16, 2012

BENGKEL KHAS JAWATANKUASA BERTINDAK SBPA CUEPACS

Dimaklumkan kepada semua ahli-ahli Kesatuan, pada 17 - 18 February 2012, Setiausaha Kehormat Kesatuan, En. Awais Al-Qarni bin Omar akan menghadiri Bengkel Khas Jawatankuasa Bertindak SBPA CUEPACS.


Ini merupakan satu pencapaian bagi Kesatuan kerana wakil Kesatuan merupakan salah seorang dari 13 Anggota Khas Jawatankuasa Bertindak SBPA yang dipilih dari keseluruhan 260 Ahli Majlis Kongres CUEPACS.


Doakan yang terbaik dan semoga Bengkel Khas Jawatankuasa Bertindak SBPA bakal lahir dengan cadangan yang terbaik yang memberi manfaat kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam.


Amin.

Wednesday, February 15, 2012

Perjumpaan Bersama Jurubahasa-jurubahasa Mahkamah Selangor (3)


Pada perjumpaan ini YDP turut mengedarkan 'Buku Biru' untuk diisi oleh jurubahasa-jurubahasa yang hadir. Buku Biru adalah sebuah buku biasa yang diistilahkan oleh YDP sebagai peluang untuk Jurubahasa-jurubahasa berkomunikasi dengan Kesatuan. Di dalam buku tersebut jurubahasa boleh menulis segala cadangan dan aduan berkenaan perkhidmatan dan sebarang masalah.

Pada perjumpaan tersebut tersebut beberapa cadangan dan aduan ditulis. Antaranya:

1. Permohonan waktu anjal untuk Jurubahasa, walaupun kebenaran telah diberikan oleh mantan Y.A.A. Ketua Hakim Negara namun aianya tidak dilaksakan.

2. Permohonan elaun khas kerana pelbagai kekangan tugas, multi tasking, menjalankan kerja-kerja PTUU dan kerja Setiausaha.

3. Pelarasan elaun COLA.

4. Cadangan kenaikan elaun kot ke RM300 dan tuntutan tanpa mengemukakan resit (automatik).

5.Update blog dan facebook lebih kerap dan pelbagaikan info-info Kesatuan.

6. Cadangan Logo dan nama baru Kesatuan.

YDP mengharapkan lebih banyak cadangan dan aduan dapat dikemukakan untuk faedah semua Jurubahasa.

Buku Biru ini akan dibawa seterusnya oleh YDP-YDP yang akan mengambil alih supaya mereka tahu perjalanan, tuntutan dan masalah yang perlu diselesaikan.

Jawapan-jawapan terhadap 6 perkara tesebut akan dijawab oleh YDP dan MJK yang lain selepas mendapat maklumat penuh tentang perkara-perkara tersebut.

Kerjasama dan bantuan diharapkan untuk terus memberi usul kepada Kesatuan. Anda boleh menghadiri blog ini dan meletakkan komen, memberi komen dalam face book atau emel terus YDP dan Kesatuan seperti emel yang telah diberikan.


*Majlis Anjuran bersama Ahli MJK Kesatuan sessi 2011-2013 (Pn Rahimah bt Mohd), Wakil Jurubahasa Mahkamah Selangor (En Vijayan) dan Pemegang Amanah Kesatuan Jurubahasa (En Arumugam):- Tahniah dan terima kasih

Sunday, February 12, 2012

Perjumpaan Bersama Jurubahasa-jurubahasa Mahkamah Selangor (2)

Perjumpaan bersama dengan Jurubahasa-jurabahasa Mahkamah Selangor diambil kesempatan penuh oleh YDP dan Setiusaha Kehormat untuk menerangkan beberapa perkara berkenaan kebobrokan SBPA.

Taklimat kebobrokan SBPA diberikan oleh Setiausaha Kehormat Kesatuan, En Awais AlQarni Omar. En Awais sebelum itu membentangkan beberapa tarikh yang menjadi jadual utama sejak mengambil alih Kesatuan pada Oktober 2012.

Menurutnya perjuangan yang lebih utama kini adalah penambah baikkan terhadap SBPA. Untuk itu En Awais telah menghadiri beberapa bengkel serta taklimat SBPA bersama CUEPACS. Tambahnya lagi ahli Kesatuan patut bangga kerana En Awais telah dipilih untuk menganggotai panel membincangkan SBPA dengan lebih mendalam pada 18 dan 19 Mac 2012 ini. Dengan ini Kesatuan dapat terlibat secara langsung dalam penambah baik SBPA.

En Awais sebelum itu memberikan faktor-faktor mengapa SBPA menjadi tentangan utama CUEPACS dan semua ahli gabungannya. Antara yang menjadi isu utama adalah exit policy dan kenaikan/pelarasan gaji serta penjumudan jawatan.

Pada bengkel yang lepas bersama CUEPACS, En Awais turut membentangkan kertas kerja berkenaan multi tasking. Dalam sessi tersebut En Awais telah memberikan contoh Jurubahasa-jurubahasa yang telibat dengan kerja-kerja selain dari tugasan asas jurubahasa iaitu scanning dan data entry untuk unit saman baru. Tugasan berkenaan sebenarnya di luar kepakaran sebenar jurubahasa iaitu menterjemah bahasa di Mahkamah terbuka.

Selain itu pada perjumpaan di Shah Alam En Awais memberikan beberapa cadangan awal CUEPACS terhadap penambah baikan SBPA. Antaranya mengambil kira kekananan, lulus PTK dan yang paling penting adalah cadangan terhadap pelarasan gaji. Terdapat beberapa cadangan dibuat terhadap pelarasan semula gaji dan apa yang diharapkan adalah yang terbaik untuk semua penjawat awam.

Majlis yang dipengerusikan oleh Pn Dijah diteruskan dengan taklimat penambah baikan kualiti hidup dengan sambung belajar. Taklimat diberikan oleh En Jeewananthan dari Nirwana College. En Jeewananthan dalam taklimatnya memberi tawaran yang menurutnya hanya untuk Jurubahasa Mahkamah. Kursus yang ditawarkan oleh Nirwana College ini adalah LLB. (Lond) External Programme.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan majlis yang baik ini. Terima kasih juga patut diucapkan kepada Puan Pengarah Mahkamah Selangor yang telah memberikan kebenaran. Kesatuan percaya tanpa kebenaran Puan Pengarah dan tanpa usaha dan niat murni semua, penganjuran majlis ini tidak mungkin boleh berlangsung.



*Majlis Anjuran bersama Ahli MJK Kesatuan sessi 2011-2013 (Pn Rahimah bt Mohd), Wakil Jurubahasa Mahkamah Selangor (En Vijayan) dan Pemegang Amanah Kesatuan Jurubahasa (En Arumugam):- Tahniah dan terima kasih

Saturday, February 11, 2012

Perjumpaan Bersama Jurubahasa-jurubahasa Mahkamah Selangor (1)

10 Februari 2012 - 12.00 tengah hari




Kesatuan amat berbesar hati dapat menghadiri Majlis ini. Ianya telah dihadiri oleh Jurubahasa-jurubahasa dari Mahkamah Shah Alam, Mahkamah Teluk Datuk, Mahkamah Kelang dan Mahkamah Kuala Selangor. Kesatuan diwakili oleh En Azmi Aman (YDP), En Awais Al Qarni Omar (Setiausaha Kehormat), En Muzaffarizzulatif bin Muazan (MJK) dan En Khairil Hamdi Hasbullah (AJK Gala Dinner).

Pada majlis tersebut YDP dan SUK telah diberi peluang untuk membentang aktiviti-aktiviti dan unjuran perjuangan Kesatuan serta perkara-perkara berbangkit dan penuh kontroversi iaitu SBPA.


Perkara pertama yang dibentang oleh YDP adalah penghargaan terhadap sambutan hangat hari Solidariti oleh Mahkamah Selangor. Ianya dikatakan sebagai satu kejayaan besar kerana secara tidak langsung dapat menunjukkan kesatuan ahli-ahli Kesatuan dalam usaha Kesatuan memperjuangkan nasib pekerja (Jurubahasa Mahkamah). YDP juga takjub dengan kreativiti Mahkamah Selangor dan Mahkamah Kelantan dalam menyambut hari tersebut. YDP berjanji tahun ini hari Solidariti akan disambut dengan lebih meriah dan akan sedikit berbeza dari tahun lepas. Bagaimanakah ianya akan berbeza hanya akan diketahui November 2012 nanti.



Selain itu YDP juga memberitahu beberapa perkara yang akan dijalankan pada tahun ini. Antaranya ialah:

A. Riadah:


1. Majlis Makan Malam Gala dan Jasamu dikenang (27/4/2012)


2. Paintball test-run.


3. Permohonan Konvensyen Jurubahasa (Seperti di PD dahulu).


4. Lawatan ke Mahkamah Ipoh dan Trasure Hunt D'Pangkor dan Hari Keluarga.


5. Buku Tahunan Jurubahasa (seperti majalah sekolah).






B. Kebajikan


1. SBPA.


2. Meningkat taraf perkhidmatan dari L17/ L4-1 ke L27/ L3-1.


3. Pohon menjadi mediator pertukaran "suka sama suka".


4. Meningkat elaun-elaun meliputi elaun baju Kot, elaun Mahkamah terbuka, elaun bahasa, elaun kritikal dsb.


5. Mengadakan kursus jangka pendek KPSL.


6. Mempertahan ahli-ahli dari sebarang bentuk penindasan.


Untuk itu YDP meminta semua Jurubahasa menjadi ahli Kesatuan bagi membolehkan Kesatuan terus memperjuangkan hak-hak pekerja (Jurubahasa).


YDP memetik kata Tony Fernandez berkenaan Kesatuan sekerja dari blognya. Menurutnya "anda hanya memerlukan kesatuan sekerja sekiranya pihak pengurusan tidak menjaga kepentingan pekerja". Ianya bermaksud kewujudan Kesatuan sekerja adalah untuk menjaga dan menjamin kepentingan pekerja dan secara tidak langsung menunjukkan kewujudan Kesatuan sekerja adalah kerana pekerja tidak berpuas hati dengan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan mereka.



*Majlis Anjuran bersama Ahli MJK Kesatuan sessi 2011-2013 (Pn Rahimah bt Mohd), Wakil Jurubahasa Mahkamah Selangor (En Vijayan) dan Pemegang Amanah Kesatuan Jurubahasa (En Arumugam):- Tahniah dan terima kasih